SELAMAT DATANG KE BLOG SMK PENGKALAN AUR

Wednesday, January 20, 2010

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI SAHARUDDIN BIN YAHAYA





Hari ini 21 Januari 2010 - Warga SMK Pengkalan Aur berasa sedih kerana seorang guru kami yang sangat berdidikasi iaitu Tuan Hj. Saharuddin telah bersara. Beliau telah berkhidmat selama 35 tahun. Beliau anak kelahiran Perak sejati dari kawasan Parit Buntar, lahir pada 22 hb Januari 1954. Memulakan kerjayanya pada tahun 1975 sebagai guru di SMK Kuhara Tawau Sabah selama 5 tahun (1975- 1979). Meneruskan perkhidmatan sebagai guru di SMK Muzaffar, Semangol(1980-1989)Kemudian SMK Hua Lian (1990-1996), SMK Bukit Jana (1997-2001) dan menamatkan perkhidmatan di SMK Pengkalan Aur (2002-2010).



Tuesday, August 4, 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN AUR

Proses pembinaan sekolah bermula pada 23 November 1998 di atas tapak tebus guna bekas lombong dan kawasan kebun sayur berkeluasan 24 ekar. Sekolah ini dijangka siap pada 24 September 2000. Walau bagaimanapun pembinaan sekolah ini melalui dua proses lanjutan. Bangunan ini diserahkan kepada pihak sekolah pada 4 Disember 2001. sekolah SMK Pengkalan Aur dibuka untuk penerimaan pelajar pertama pada 2 Januari 2002 (Rabu) bersamaan 18 Syawal 1422. Bilangan guru pada masa itu seramai 16 orang dengan jumlah pelajar seramai 169 orang. Sekolah ini dinamakan SMK Pengkalan Aur sempena nama mukim kawasan ini iaitu Pengkalan Aor.


ISU SEMASA

Terima Kasih YB En. Mohd. Zahir..
Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Komputer oleh YB En. Mohd Zahir b. Abd Khalid....BACA SETERUSNYA



AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2009









SEKOLAHKU YANG INDAH








PENGETUA SMK PENGKALAN AUR